Friday, 23 October 2015

Cuti-cuti Cinta Krabi [6-9 Januari 2015] Part iii

Assalamualaikum & selamat semua!~

Bersambung lagi untuk hari ketiga pengembaraan kami di bumi Krabi! *gitew~

Macam biasa kami sarapan di bilik je tapi tiba-tiba dapat panggilan. Reception kata tour guide dah sampai. Huh! Awal lah pulak! Maka jadi lipas kudung lah kami nak cepat-cepat siap.


Hari ni naik van :)
Hari ni kami akan pergi Hot Stream, Emerald Pool, Tiger Cave & Elephant ride. Tiada laut hari ni semua aktiviti dalam hutan ;)

Hot Stream


Dari hotel, kami terus dibawa ke destinasi pertama, Hot Stream. Jauh juga nak ke sini. Siap lalu pekan Krabi.



Di pintu masuk ada gerai-gerai jual makanan dan minuman.
Makanan buat alas perut :)
Jalan punya jalan, jumpa lah Hot Stream ni. Tapi disebabkan baru lepas hujan, jadi air agak keruh dan tak panas sangat huhu..


Welcome!
Kolam pertama. Keruhnya air!
Kami tak mandi pun rendam kaki je nak rasa berapa panas air tu. Lepas tu dah bosan, kami pergi ke pintu masuk semula. Tunggu pelancong lain untuk destinasi seterusnya.


Emerald & Blue Pool


Next station; Emerald Pool & Blue Pool! Nak sampai ke dua-dua pool ni bukan main jauh kena jalan. Terutama nak ke Blue Pool. Mencabar sungguh sebab jalan agak licin lepas hujan. Adohai! Tapi bila dah sampai memang rasa berbaloi sangat. Bak kata orang putih yang dah menghala balik tu "It's worth it!" Ok. Memang cantik Subhanallah! Satu lagi keajaibanNya.



Yang Emerald Pool. Ala-ala hijau air dia. Tak keruh dek hujan. Nice!
Seronok sangat dia berkubang. Kak Nora? Tak payah tanya hahah..
Siap dah layan Emerald Pool, kami jalan ke Blue Pool pula. Jauh baq hang!


Inilah dia Blue Pool! Real picture ni takde edit-editnya hokey. Memang biru mata hitamku eheh! Tapi jangan-jangan-jangan gatal-gatal nak terjun dalam tu ye! Swimming is prohibited tau. 


Some information about Blue Pool

Tapi sayang apa kan daya.. ada lah 2-3 orang putih ni terjun dalam kolam ni. Habis keruh dah. Salah satu sebab kenapa dilarang mandi mungkin sebab tepi kolam tu ada lumpur licin tu. Agak bahaya juga. So korang jangan pi tempat orang buat pasai ok! 



Setelah puas bergambar (bukti kehadiran hahah!) kami pun berjalan balik ke tempat parking van tadi. Di sana ada sebuah restoran yang menyediakan makan tengahari untuk pengunjung Emerald Pool ni (dah termasuk dalam pakej). Jadi, apa lagi, perut pun dah mula bergendang. Jom lah kita makan!


Di sini, makanan dihidangkan mengikut kumpulan atau pasangan. Special kan? Yang gambar kat atas tu, itulah makanan tengahari kami. Nasi putih, chicken green curry, sayur campur, fish fillet masak masam manis (ye kot?) & buah tembikai. Alhamdulillah kenyang.. erkk!! :D


Oh yeah! perut dah happy, jadi kami pun dibawa ke destinasi seterusnya, Tiger Cave!!



Tiger Cave


Yeah, bila ingat balik, memang gila lah. Panjat 1260 anak tangga yang curam & tak sekata. Dengan tak warm up. Fuhh!! Menacabar betul. Rasa nak nangis bila dah separuh jalan tu. Tapi teruskan lah juga. 

Entrance. Yes, it's a Buddhist temple.
Jeng3!! Di sini bermula segalanya.. hahah! (ketawa jahat)
Ceh.. awal-awal boleh lah tunjuk peace hahah


Ni dia, percaya tak percaya?? 1260 anak tangga hokey! Muka mengah tak payah tunjuklah ye. haha.. aduh!
View from up here. Subhanallah..
Cuaca baik Alhamdulillah. Tak hujan & tak panas terik.
Kerana encik ni, Kak Nora relakan panjat Tiger Cave huk3!~
Tak ramai orang nak panjat ni. Yang naik van sekali dengan kami rasanya tak sampai separuh yang naik. Yang lain stay dalam van. Apa barang?? Nak tidur pi balik hotel lah ahhahha!
"This is a sacred place. Please wear proper attire when you want to climb up this hill"
Bila kita pergi tempat orang, terutamanya tempat suci bagi mana-mana agama, hormatilah syarat-syarat yang ditetapkan. Sama macam kita nak orang hormat agama kita. Wallahu a'lam.
Belanja la sikit gambar pose maut kateko!
Settle posing, rehat kejap, then tibalah masa untuk turun pula. Ceh, ingatkan tak mencabar. Sekali kakiku kejang pula! aduhai~~ Tu belakang muka tahan kaki kejung :p
Dah turun.. lega sangat. sempat posing kat ghimo sebelum kena hambat nak ke destinasi terakhir.

Elephant Trekking


Ok, ini destinasi terakhir kami. Masa ni dah pancit benor rasanya. Tapi kurelakan juga sebab dah bayar kan hehe.. untuk elephant trekking ni kami dibawa ke ladang kelapa sawit. Masa ni dah agak petang sangat. Jadi, memang kena cepat lah sebab nak habiskan juga semua aktiviti hari ni. Oyeah! We're ready!
Tempat menunggu sementara yang lain tengah round-round. Di sini kami dihidangkan dengan buah-buahan potong. Buah nanas kalau tak silap. Satu yang best kat Thailand ni rasanya buah-buahan dialah. Segar & manis sangat. :)
Seghonok dia tengok gajah live hihi!
Ni tempat naik gajah. I is nervous!
Muka happy first time naik gajah

Orang kata tak sah kalau pergi Thailand tak naik gajah. Betullah tu sebab kat Malaysia jarang ada aktiviti macam ni melainkan di zoo, iye dok? So, ini antara aktiviti must try lah!


Pengalaman ni memang boleh dikatakan menyeramkanlah sebab?? kami naik anak gajah yang perengus! Allah! rasa nak gugur jantung masa nak turun bukit yang lecah berlumpur tu. Dahlah jalan licin, gajah tu pula buat hal taknak jalan! Sambil merengus. Ok, first time dengar gajah merengus. Masa tu memang berzikir jelah supaya selamat. Sampai jalan rata pun dia masih buat perangai taknak jalan. Dalam hati ni takut je gajah ni pi lari masuk hutan ke kan. Tapi tengok abang yang bawa gajah ni relax sangat, so, rasa yakin jugalah dengan dia. Yang tak tahan dalam cuak tu sempat pula selfie hahaha! aduhai~


Sekian sahaja sesi jalan-jalan Krabi versi kami. Dah hampir setahun pun baru settle blogging. Aduh! Bila dikenang balik kenangan ni, tak sangka masa ni saya sedang mengandungkan arwah Dhia Zafirah. Kuat sangat dia. Tapi umurnya tak panjang. Moga diberi sekali lagi peluang untuk menjadi ibu bapa. Ameen. :)


In memory of baby Dhia Zafirah :)


No comments:

Post a Comment