Meh Kak Nora nak sambung balik pengembaraan kami bertiga ke Pulau Mabul, Sabah yang cantik yang hamat! *Subhanallah*
Aktiviti malam pertama tu lepas makan malam, kami layan adik & abang diver goreng gitar. TV? Apa barang? hahaha!! Tapi memang layanlah dengan angin sepoi-sepoi gitu. Oh ya, salah satu tarikan kat Scuba Jeff ni ialah hammock nya!
Syok wey lepak kat situ petang-petang tengok laut, malam-malam tengok bintang. Ada seram sikit la sebab bawah hammock tu air laut. Tapi bila dah duduk situ taknak bangun dah! So, malam tu aktiviti free & easy sahaja. Layan Ain nyanyi. Suara dia sedap oo!
Esok pagi kami jalan-jalan cari kuih-muih tempatan sebelum sarapan. Saja je nak memenuhi masa yang
Selain tu, biasanya waktu begini akan ada nelayan datang menjual hasil laut pada harga yang murah! Tapi kena tawar-menawarlah. Kak Nora & the gang beli ketam & ikan (tak ingat dah). Lepas tu upah tukang masak di situ untuk masak apa-apa yang kita nak. Tak sabar nak makan tengahari nanti!!
![]() |
| Muka excited sangat nok! |
Balik ke guesthouse, dah lunch time. Memang kena sangat masa tu. Perut pun dah keriuk-keriuk. Layan pula nasi panas dengan lauk yang kami tempah tadi. Memang layan~~
Lepas makan tengahari, kami lepak-lepak je kat hammock tu. Air surut petang-petang. Jadi ada la geng yang turun cari tapak sulaiman la, bergambar la. Kebetulan pula ada adik-adik Bajau Laut datang dengan sampan. Kak Nora & the gang pun mula lah gatal nak cuba! But, no no no! Tiada apa yang percuma di dunia ini (cewah!) Kena bayar hokey! haha~ Tapi bayar seikhlas hati sajo.
Aktiviti petang ni best sikit sebab ada orang guide. Dalam perkampungan ni ada banyak kedai-kedai cenderahati & tshirt yang cun-cun. Jadi, Kak Nora & the gang pun apa lagi, shopping lah apa yang patut!
![]() |
| Salah satu kedai cenderahati di sini. Comel je kedai dia :) |
Lepas shopping, tengok matahari terbenam. Life is good :)
Malam tu ada kenduri kahwin, kami semua dijemput memeriahkan majlis. Kami ni pun kengkonon nak tengoklah macam mana majlis orang sini. Tup tup ramai gila manusia sampai tak nampak apa pun (maklumlah Kak Nora tak cukup ketinggian). Jadi, masing-masing pulang dengan sedikit hampa.
Oh, hari ni ada 2 kumpulan baru datang. So, malam tu terasa ramai juga lah.
Sampai tengah malam, ada angin kuat. Semua disuruh masuk dalam sebab ditakuti hujan ribut.
Pagi tu ialah pagi terakhir Kak Nora di sana. Mula lah rasa tak boleh nak move on tu. Rasa nak sambung cuti lah. Macam-macam.
![]() |
| Akak diving instructor ni ialah kakak Julia Ziegler. Nama dia Melissa. Dia saaaangat friendly & down to earth :) |
![]() |
| With everyone :) A Home Far From Home..MABUL |
Dan setiap kali ada kumpulan nak balik, mereka akan nyanyi lagu Leaving on a Jetplane versi mereka. Dan of course sangat sedih lah hati kecik Kak Nora ni T_T wuaaaa!! taknak balik~
Ok, ok cukup drama. Sampai Jeti Semporna ada pasar barang kering & basah. Yang Kak Nora tertarik ialah pasar yang dipenuhi dengan macam-macam jenis hasil laut dikeringkan.
Untuk barang basah, boleh je kalau korang nak beli. Tapi kena letak dalam kotak polisterin & balut dengan plastic wrapper yang boleh didapati di airport.
Sekian sahaja Kak Nora membebel pasal Pulau Mabul.
*kagum dgn diri sendiri dapat settle entry dalam sehari*
![]() |
| Dari belakang: Siti, Ain, Kak Nora Kenangan bersama kekal selamanya *Muahh* |













