Sunday, 31 May 2015

Cuti-cuti Cinta Krabi [6-9 Januari 2015] Part ii

Assalamualaikum & Selamat semua!

Ok, ikut pakej yang kami dah beli semalam, hari ni kami akan pergi island hopping ke Phi Phi Island, Maya Bay & Losama Bay, Bamboo Island & Viking Cave.


Kami breakfast dalam bilik hotel je sebab memang tak ambil pakej sekali breakfast. Makan roti yang dah standby awal-awal dari Malaysia & buat air panas. Done! Lepas tu turun ke lobi untuk tunggu orang pick up.

*Excited!

Pemandangan pagi. Alhamdulillah cuaca baik :)
Resit ni kena simpan tau :)
Ni la kenderaan kami untuk hari ni! Best ok berangin jerr :)


Lepas dah pick up semua orang, kami dibawa ke tempat berkumpul, diberi label pelekat mengikut pakej & bot dan dibawa ke bot masing-masing di Pantai Nopparat Thara.


Tempat berkumpul
Rombongan Cik Kiah ke Phi Phi Island.. ;p
Salah seorang tour guide 
Muka excited ;D


Bamboo Island


Destinasi pertama ke Bamboo Island kita ;) Pasir putih sangat kat sini. Pantai pun nice2 buat mandi. So kami pun warm up la mandi ayaq laut Krabi sedas-dua.


Januari adalah antara peak season, jadi memang korang akan nampak banyak sangat bot landing kat tepi pantai & lambakan pelancong-pelancong kat pantai tu. Layankann~



Our speed boat. Laju tau! Sakit bontot hahaha~




Takde signboard Bamboo Island pun.. #-_-
Mendung sikit. Nice view. Yang ni orang panggil longtail. Slow & steady..
See! ramai sungguh manusia
Landing tepi pantai setelah penat main air hehe..
Dah penat main air mesti rasa haus kan3? Jangan risau, sebab air mineral diberi percuma & unlimited! Minum sampai kembung k! haha!


Viking Cave


Ok, next station; Viking Cave. Kat sini kami tak turun bot pun. Sebab takde tempat nak landing. Tapi pemandangan kat sini memang terbaik ok! Subhanallah :)






On the way to next station..


Maya Bay & Losama Bay


Ok, Maya Bay ni memang terkenal sejak jadi tempat penggambaran filem lakonan Leonardo Dicaprio, The Beach. Honestly, 
Kak Nora tak pernah tengok pun filem ni. Tapi malas nak cakap banyak, tempat ni memang sangat cantik, cuma sebab ramai sangat manusia kat sini jadi tak dapatlah kitorang nak feeling2 romantik sangat.. hahaha!


Yeah! we're here
Oh manusia, y u so ramai? haha

Dari Maya Bay, kami jalan-jalan sampai jumpa Losama Bay pula. Dari situ memang tak nampak laut. kami perlu panjat tangga dan wow! pemandangan yang sangat cantik dari atas tu. Kalau korang boleh berenang memang boleh terus terjun je dalam laut tu. Tapi tak sure lah sedalam mana huhu~


Losama bukan Osama ok hoho..
Usaha tangga kejayaan. Eh?!


View dari atas


Boleh buat cover album ni hahah!
Habis masa round-round Maya Bay ni kami naik semula bot dan dibawa ke port snorkelling yang pertama. *Excited lagi* On the way tu kami semua dijamu buah tembikai merah dan tembikai susu. Sedap oi! Fresh sangat.

Ok, ini kira pengalaman kali kedua snorkelling, so konon-konon dah yakin sikit lah. Masa first time di Mabul dulu kena ada orang tarik haha! Ok kali ni nak cuba buat sendiri. Alhamdulillah ok! Dan sumpah best sangat sebab kali ni dapat pegang ikan!



Monkey Island


Destinasi seterusnya; Monkey Island. Macam di Viking Cave, di sini juga kami tidak turun dari bot. Hanya lihat monyet-monyet dari bot. Ok, not excited sebab monyet kat rumah 
Kak Nora pun ada haha!


No feeding allowed



Ok, nasib baik tak lama sangat kat sini. Waktu pun dah tengahari, perut pun dah kriuk kriuk, jadi seterusnya kami dibawa ke Phi Phi Don untuk makan tengahari.



Phi Phi Don


Sini kira pusat sehenti untuk semua pelancong yang pergi island hopping untuk makan tengahari. Tempat makan dia macam food court yang besar boleh memuatkan ramai orang pada satu-satu masa. Makanan di sini insyaAllah dijamin halal. Kami makan mengikut kumpulan dan makanan buffet yang disediakan Alhamdulillah sodap. Ada nasi campur dan spaghetti. Kami perut-perut melayu ni mestilah makan nasi hahaha!! :)


Di sini ada juga gerai-gerai jualan cenderahati dan pakaian yang ada juga boleh dikatakan rare. So boleh juga cuci mata dan kalau ada yang berkenan dan harga berpatutan ok je kalau nak beli.



Ada hospital juga kat sini :)


Taking photo before leaving :)
Last but not least aktiviti hari ini, snorkelling kali kedua. Kali ni kelakor dalam bahaya sikit. Sebabnya life jacket tu Kak Nora pakai longgar. Tapi dah masuk dalam air baru perasan. Kak Nora dah cuak bila rasa life jacket tu macam nak tercabut. My hubby tersayang pulak lambat faham. Hoho.. Last-last ok. Fuh! *lap peluh* Apa-apa pun, seronok sangat dapat snorkelling sambil pegang-pegang ikan nemo tu. hohoi! Subhanallah!

Ok, habislah sudah aktiviti island hopping hari ni. Penat tapi puas hati! Dalam bot yang mengambul-ngambul tu kami dijamu dengan kek butter. Sedap sangat! Bertambah-tambah Kak Nora dengan hubby makan haha! Lapar ok!

Sampai hotel, buat apa yang patut. Lepas tu kami keluar semula sebab lapar haha! Ingat nak cari banana pancake. Kedai tak bukak! hahah.. Jadi, kami pun jalan-jalan jela tepi pantai tengok matahari terbenam.





Jala ni panjang sangat. Macam-macam tersangkut kat situ. Ikan, ketam, udang, dll. Kebetulan nelayan ni tengah kutip hasil kot. Ramai pulak pelancong datang ambil haha!
Dah malam pun. Jalan-jalan jumpa lagi gerai ni. Alang-alang jom la kita pekena banana pancake. Tak silap Kak Nora harganya 40Baht. Sedap memang sedap. Dapat gak merasa. :)




Jemput jamu mataaa :)
Sempat gak hubby shopping tshirt
Our dinner tonight. Tomyam campur, telur goreng. Jus tu marvellous sangatt!!
Habis dinner kami jalan-jalan lagi sampai penghujung kedai cenderamata tu semua. Lepas tu baru lah jumpa gerai-gerai jual makanan murah kat tepi jalan. Yang best nya gerai makcik Yaminlah tu hujuungg sekali! Patutlah tak jumpa huhu.. Tapi dah kenyang jadi takde lah cuba. Kita ambil gambar je lah ya makcik Yaminlah! :)

Gerai Banana Pancake Yaminlah
Antara gerai yang ada. Kat belakang gerai-gerai ni ada kerusi meja untuk makan :)
Itu sahaja untuk hari kedua. Nantikan part iii yee~ :D

No comments:

Post a Comment