Wednesday 24 April 2019

Road To JB - Singapore [1-3 May 2015] PART 1

Hello!!

Tahun 2015 adalah tahun yang Kak Nora paling banyak berjalan. Honeymoon babymoon sana-sini! Tapi dekat-dekat je la. Mana pun kita pergi yang penting ambillah pengalaman, lihatlah dunia luar dan jangan lupa memuji & bersyukur di atas nikmatNya. Eh, panjang pula intro.

Kali ni Kak Nora nak story pasal pengembaraan Kak Nora & hubby ke JB dan seterusnya ke Singapore. Kami pergi naik kereta je dari Puchong ke JB. Dan ke Singapore naik bas & MRT. Sebelum pergi, Kak Nora baca dari blogger lain ramai yang suggest pergi sana naik bas & MRT je sebab lebih jimat berbanding bawa kereta sendiri (ada cukai & tol perlu dibayar) dan sebab perkhidmatan MRT di Singapura sangatlah efisien, yang penting baca map betul2 ok! ;)

Sebelum perjalanan jauh, of course pastikan kereta dah siap servis. Barulah yakin & selamat kan. InsyaAllah :)

Kami menginap di JB Central Hotel sepanjang 3 hari di sana. Macam biasa Kak Nora suka booking hotel guna Agoda je. Hotel ni sangat sesuai untuk yang nak pergi Singapore sebab dekat dengan CIQ, ada lorong pejalan kaki jadi tak payah susah-susah nak lintas jalan bagai. Cari makan area situ pun senang. Ada banyak hotel dekat-dekat situ. Jadi, korang pilihlah ikut bajet korang. Lagi satu sebab Kak Nora pilih hotel ni sebab ada parking free dalam building. Jadi selamatlah sikit kan.

Hari pertama kami jalan-jalan area JB je. Pergi stadium, makan Kacang Pool di Larkin dan malam pergi pasar karat.
Simpan tenaga untuk esok pagi pulak..

Hari kedua 

CIQ - Woodlands - MRT Kranji

Pagi-pagi buta lepas sarapan semua, kami pun berjalan ke CIQ. Sebelum tu beli makanan kudap-kudap & air mineral untuk bekalan sebab kalau beli kat seberang tu mahal ok!

Kalau korang macam kami, nak berjalan seharian di sana, Kak Nora nasihatkan pakai pakaian & kasut yang selesa. Takde lah melecet nanti kan.

Di CIQ, ikut signboard ke Woodlands. Di situ mula-mula sekali kita akan ke kaunter Passport Malaysia. Macam biasalah, tunjuk passport untuk disahkan.

Lepas tu terus ke tempat bas. Beratur tunggu turn ya. Tambang RM1.80 je untuk dewasa & percuma untuk kanak-kanak bawah 7 tahun.

Bas tu membawa kami ke Woodlands Checkpoint. Turun bas dan dapatkan pengesahan dari imigresen Singapura pula. Bawa semua barang ya sebab takkan naik bas yang sama. Tapi pastikan tiket bas tu disimpan. Lepas pengesahan passport tadi, naik bas (dengan nombor bas yang sama) untuk ke destinasi seterusnya. 

Untuk menaiki MRT Singapura, kami turun di stesen MRT Kranji. Bye2 bas! Jumpa balik nanti ya!! 
Maka bermulalah pengembaraan kami di Singapura dengan menaiki MRT! 

Sampai sana kami terus ke Ticket Office untuk mendapatkan Tourist Pass.

Kami pilih STP+. Worth it!

Ok satu benda yang buat Kak Nora batak sikit, escalator dekat Singapura ni laju-laju ok! Kalau tak pegang tepi tu memang boleh jatuh! Jangan main-main tau. Nak melayang rasa badan Kak Nora yang seringan kapas ni haha! <ok ini over>

Merlion Park - Bubble Jet Ride


Peta MRT Singapura

Dari Kranji kami naik MRT ke Raffles Place untuk ke destinasi pertama kami: Merlion Park. Naik MRT ni sama lah macam kat KL, kena baca route betul-betul. Pastikan kat mana perlu tukar train. 

Jadi, untuk ke stesen Raffles Place ni ada interchange di stesen Orchard. Di sini terletak ION Orchard Mall. Kami pun ambil kesempatan jalan-jalan kawasan sini la. Photo time!




Ok sambung balik perjalanan kami dari MRT Orchard ke Raffles Place. Dari stesen tu ke Merlion Park kami berjalan je. Boleh tahan jauh tapi kami rasa ok je sebab sepanjang  laluan pejalan kaki tu ada banyak juga port ambil gambar. ;)




Laluan pejalan kaki


Dan... sampailah ke mercu tanda Singapura: Merlion Park! Biasalah tempat tumpuan pelancong  mestilah ramai orang kan.

Masa ni tengah pregnant anak syurga Dhia Zafirah ♡
Ok lepas rehat kejap kat sini, kami ke Raffles Place Clifford Pier untuk Bubble Jet

Just nice, tak ramai yang menunggu. Tapi kami tak naik Bubble Jet pun. Tapi naik bot biasa je. Still nice experience. 


Kami berhenti di Fort Canning (kalau tak silap) dan berjalan untuk cari makan. 

Ok, cukup untuk Part 1. Bersambung ke Part 2 ye. Doakan Kak Nora consistent posting lelaju lepas ni ok. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa baca posting saya.


Tuesday 14 June 2016

Girls-only Getaway Pulau Mabul, Sabah [12-15 April 2014] PART 2

Hi & Selamat berpuasa semua (hari ni 9 Ramadhan 1437H)

Meh Kak Nora nak sambung balik pengembaraan kami bertiga ke Pulau Mabul, Sabah yang cantik yang hamat! *Subhanallah*

Aktiviti malam pertama tu lepas makan malam, kami layan adik & abang diver goreng gitar. TV? Apa barang? hahaha!! Tapi memang layanlah dengan angin sepoi-sepoi gitu. Oh ya, salah satu tarikan kat Scuba Jeff ni ialah hammock nya!


Syok wey lepak kat situ petang-petang tengok laut, malam-malam tengok bintang. Ada seram sikit la sebab bawah hammock tu air laut. Tapi bila dah duduk situ taknak bangun dah! So, malam tu aktiviti free & easy sahaja. Layan Ain nyanyi. Suara dia sedap oo! 

Esok pagi kami jalan-jalan cari kuih-muih tempatan sebelum sarapan. Saja je nak memenuhi masa yang terlebih-lebih terluang. Masa ni tengok adik-adik nak pergi sekolah. Comel je :) Kak Nora & the gang beli kuih karipap (inti bihun haha) dengan pisang goreng dan balik makan di hammock favourite kami. Kelihatan bot-bot nelayan pun keluar mencari rezeki. Tak kurang juga adik-adik Bajau Laut yang mendayung sampan kecil mereka dari satu rumah ke rumah lain sambil meminta duit/makanan/jajan. Biasanya kami lebih suka bagi jajan/makanan.


Selain tu, biasanya waktu begini akan ada nelayan datang menjual hasil laut pada harga yang murah! Tapi kena tawar-menawarlah. Kak Nora & the gang beli ketam & ikan (tak ingat dah). Lepas tu upah tukang masak di situ untuk masak apa-apa yang kita nak. Tak sabar nak makan tengahari nanti!!

Muka excited sangat nok!
Lepas sarapan, masa untuk snorkelling kali kedua. Macam biasa, Siti tak turun bot hehe.. Kak Nora & Ain macam biasa, excited, kena tarik dengan Azme sampai penat. Tapi best hari ni dapat tengok penyu! Tapi tak dapat sentuh..

Balik ke guesthouse, dah lunch time. Memang kena sangat masa tu. Perut pun dah keriuk-keriuk. Layan pula nasi panas dengan lauk yang kami tempah tadi. Memang layan~~

Lepas makan tengahari, kami lepak-lepak je kat hammock tu. Air surut petang-petang. Jadi ada la geng yang turun cari tapak sulaiman la, bergambar la. Kebetulan pula ada adik-adik Bajau Laut datang dengan sampan. Kak Nora & the gang pun mula lah gatal nak cuba! But, no no no! Tiada apa yang percuma di dunia ini (cewah!) Kena bayar hokey! haha~ Tapi bayar seikhlas hati sajo.




Aktiviti petang ni best sikit sebab ada orang guide. Dalam perkampungan ni ada banyak kedai-kedai cenderahati & tshirt yang cun-cun. Jadi, Kak Nora & the gang pun apa lagi, shopping lah apa yang patut! 

Salah satu kedai cenderahati di sini. Comel je kedai dia :)

Lepas shopping, tengok matahari terbenam. Life is good :)

Malam tu ada kenduri kahwin, kami semua dijemput memeriahkan majlis. Kami ni pun kengkonon nak tengoklah macam mana majlis orang sini. Tup tup ramai gila manusia sampai tak nampak apa pun (maklumlah Kak Nora tak cukup ketinggian). Jadi, masing-masing pulang dengan sedikit hampa. 

Oh, hari ni ada 2 kumpulan baru datang. So, malam tu terasa ramai juga lah. Ramai lelaki. Malam tu macam biasa, ada yang layan hammock, ada yang main game Saidina, sambil dihiburkan dengan abang-abang gitar goreng.

Sampai tengah malam, ada angin kuat. Semua disuruh masuk dalam sebab ditakuti hujan ribut. 

Pagi tu ialah pagi terakhir Kak Nora di sana. Mula lah rasa tak boleh nak move on tu. Rasa nak sambung cuti lah. Macam-macam.

Akak diving instructor ni ialah kakak Julia Ziegler. Nama dia Melissa. Dia saaaangat friendly & down to earth :)

With everyone :)
A Home Far From Home..MABUL

Dan setiap kali ada kumpulan nak balik, mereka akan nyanyi lagu Leaving on a Jetplane versi mereka. Dan of course sangat sedih lah hati kecik Kak Nora ni T_T wuaaaa!! taknak balik~

Ok, ok cukup drama. Sampai Jeti Semporna ada pasar barang kering & basah. Yang Kak Nora tertarik ialah pasar yang dipenuhi dengan macam-macam jenis hasil laut dikeringkan. 


Untuk barang basah, boleh je kalau korang nak beli. Tapi kena letak dalam kotak polisterin & balut dengan plastic wrapper yang boleh didapati di airport.

Sekian sahaja Kak Nora membebel pasal Pulau Mabul. 
*kagum dgn diri sendiri dapat settle entry dalam sehari*

Dari belakang: Siti, Ain, Kak Nora
Kenangan bersama kekal selamanya *Muahh*



Friday 10 June 2016

Girls-only Getaway Pulau Mabul, Sabah [12-15 April 2014] PART 1


Amacam, teaser gambar tu? Nampak segala isi dalam laut tu. *Subhanallah* Sebelum apa-apa terlebih dahulu Kak Nora nak mintak maaf dulu la sebab trip ni berlaku tahun 2014. Not updated ones. Tapi rasanya tak banyak perubahan sebab salah seorang dari member yang pergi hari tu (Ain), ada pergi baru-baru ni.

Kira throwback mode on la ni kan sebab masa pergi sana tu beberapa bulan sebelum Kak Nora menamatkan zaman bujang titeww.. haha

Trip ni Kak Nora pergi bertiga dengan geng paling kamcheng masa kerja kat MSU iaitu Ain & Siti. Masa tu tiga-tiga dah cabut lari kerja tempat lain hehehe.. Exam Department MSU sentiasa di hati *Muahsedebuk*

Untuk tiket flight Kak Nora yang uruskan. Total semua pergi balik naik AirAsia dari KL-Tawau untuk 3 orang RM789. Seorang kena bayar RM263. Ni pertama kali Kak Nora beli tiket flight online. So, memang Kak Nora tibai ambil semua Check-in Baggage 20kg pergi-balik seorang haha!! Padahal beg semua kami simpan atas seat je. Kecuali balik je check-in baggage itu pun ada lah dalam 20kg sahaja total. Pengalaman tu kan. Next time dah boleh agak-agak & boleh jimat banyak juga.

Kisahnya, nak kejar harga promosi, Kak Nora pergi beli timing yang tak berapa best pulak. Arrival time di Tawau pukul 6.30 petang. Dah burn 1 hari la kan. Malam tu kami check in hotel di Tawau untuk 1 malam je.

Pekan Tawau tiada aktiviti malam. Agak sunyi. Jadi, lepas makan malam kami balik hotel tidur *krohh krohh* dengan hati yang sangat gelojoh nak tunggu esok. Haha~

Untuk hotel & penginapan kami di Pulau Mabul, Ain yang uruskan. Kami pilih  scubajeffsipadan sebab kami dah terpengaruh tengok gambar salah seorang member MSU jugak yang pergi dengan keluarga beliau. Thanks Izni sebab temukan kami dengan tempat yang best gilerr ni *Muahss* So, Ain book siap-siap pakej 3 hari 2 malam yang termasuk semua ni:

3 days 2 nights - RM 500/pax
Additional night AFTER the package RM80 per person (Equipment/Meals ).

Package include :
2 x   snorkeling Mabul ( Sesudu Garden/Paradise or Lobster Wall  ) with guide
Unlimited artificial House Reef  Swim/Snorkeling
Visiting Sea Gypsy Village/Culture ( free and easy )
Accommodation
Meals ( Breakfast, Lunch, Dinner and unlimited Coffee, Tea and drinking water)
Sun set View ( free and easy / subject to the weather in mabul )
Shooting Stars view ( free and easy / subject to the weather in mabul )
Boat Transfer Return
Snorkeling Guide (Makes your holiday better)

Not included /  Additional Activity :
SNORKELING Panglima Reef – Rm 60pp
SNORKELING Eel Garden Coral Heaven – Rm 60pp
Amazing NIGHT SNORKELING - Rm 90pp ( incl. Dive torch, mask, fin, guide )
Deep sea fishing RM 150 per person/ per night  (min 5 PAX)
Transport from/to Airport RM 400, return (10 PAX) per car
Transport from/to Airport RM 200, return ( 1-4 PAX ) per car
Discovery Scuba Diving RM 250 ( BEST EXPERIENCE ! )
Snorkeling Sipadan Rm 730
Snorkeling Kapalai Island RM 80 per person (min 5 PAX)

-We require RM 100/pax deposit to confirm your booking.

Nah, tu dia kaki kopipes! Haha~ Ni rate tahun 2014 ya. Selain website tu korang boleh juga cari kat Facebook Scuba Jeff Mabul untuk lebih update. Yang bestnya korang tak perlu nak tengok bila musim monsoon bagai tu, sebab area sana memang tiada monsoon uolls!


Pagi tu lepas sarapan, kami naik van shuttle ke jeti Semporna. Maaf sangat Kak Nora tak ingat berapa tambangnya. Tapi boleh tahan lah huhu..sebab perjalanan ke sana agak jauh juga. 




Dah sampai Jeti Semporna! Yeah, masa ni dah high dengan bau-bau laut gitu haha! Excited! Tunggu tak lama sangat lah nak naik bot tu. Dalam perjalanan yang boleh tahan lamanya, mujurlah kami jenis tak mabuk laut. Laju betul abang tu bawa sampai bermandi laut kami kat belakang haha!




Antara gambar pertama Kak Nora ambil bila sampai di Mabul. Subhanallah! Cantik yang hamat! air cetek je masa tu dan sangat-sangat jernih. Boleh nampak tapak sulaiman yang sangat-sangat banyak sepanjang perjalanan ke guesthouse kami. Dan ya, komuniti di Mabul terdiri dari golongan Bajau Laut yang kebanyakannya menetap dalam rumah atas air dan ada juga dalam bot sahaja. Kebanyakan anak-anak Bajau Laut ada sampan sendiri yang sangat comel. Macam gambar yang mula-mula Kak Nora bubuh kat atas.


Sampai-sampai Scuba Jeff Guesthouse, ada 1 kumpulan dah sedia nak balik. Yang tinggal ada 1 kumpulan 5 orang & sepasang suami isteri. Nah, honeymoon gaya sempoi baqhang! Ok, untuk pengetahuan korang, Scuba Jeff Guesthouse ni bukan macam Mabul Water Bungalow tu.. Yang ni memang style backpackers. Bilik kami ada 2 katil double decker & bilik air kat luar. Ada juga bilik katil queen tapi sangat terhad. Tapi nak bagitau satu rahsia ni lah, sebenarnya kat sana biasanya orang mandi sehari sekali je iaitu petang, itu pun sebab badan melekit lepas snorkelling. Haha~ so, takde masalah berebut bilik air :)


Sampai-sampai dah tengahari, jadi apa lagi, masa makanlah kan. Lauk kat sini simple je, tapi best sebab ikan & makanan laut segarrr sangat! nyummy! Lepas makan, ada masa lagi sebelum pergi snorkelling. So, masa ni kami berkenalanlah dengan kumpulan yang lain tu sambil main saidina hehe.. Tak banyak benda boleh buat melainkan aktiviti laut, lepak di ruang santai sambil tengok laut dan jalan keliling pulau. Kalau korang reti berenang, anytime boleh terjun laut! Lagi satu di sini tiada elektrik waktu siang. Jadi, tiada aktiviti menonton TV di siang hari. Tapi di kedai atas darat masih ada elektrik yang kami nampak. Mungkin dari generator :) Jadi, pastikan ada powerbank / caj handphone siap-siap waktu malam ya!


Pertama kali Kak Nora snorkelling rasa cuak & teruja bercampur-baur! Untuk beginner jangan risau, walaupun tak reti berenang, akan ada trainer yang boleh guide korang. Senang kata, dia akan berenang sambil tarik korang pusing-pusing sampai masa tamat. Haha! Kesian si budak Azme ni kena tarik Kak Nora dengan Ain sekali harung. Tempat yang dibawa tu sangat dalam. Tapi masih boleh nampak batu karang, ikan nemo & penyu lalu-lalang. Nice!


Balik snorkelling kami terus pengsan kejap. Blackout haha! Petang tu kami jalan-jalan keliling pulau. Rata-rata rumah di sana adalah rumah kayu yang kecil sahaja. Dibina atas pasir putih yang bersih. Kelihatan ramai anak-anak tempatan sedang bermain di waktu petang. Ada juga yang tidak berbaju. Opss!! Di sini kami rasa seperti bukan di Malaysia. Sangat-sangat berbeza komuniti di sini. Apa-apa pun, yang penting mereka sangat baik. Jalan punya jalan, dah senja. Layan kejap matahari terbenam. 




Akan bersambung bahagian kedua!! Stay tuned :)


Friday 23 October 2015

Cuti-cuti Cinta Krabi [6-9 Januari 2015] Part iii

Assalamualaikum & selamat semua!~

Bersambung lagi untuk hari ketiga pengembaraan kami di bumi Krabi! *gitew~

Macam biasa kami sarapan di bilik je tapi tiba-tiba dapat panggilan. Reception kata tour guide dah sampai. Huh! Awal lah pulak! Maka jadi lipas kudung lah kami nak cepat-cepat siap.


Hari ni naik van :)
Hari ni kami akan pergi Hot Stream, Emerald Pool, Tiger Cave & Elephant ride. Tiada laut hari ni semua aktiviti dalam hutan ;)

Hot Stream


Dari hotel, kami terus dibawa ke destinasi pertama, Hot Stream. Jauh juga nak ke sini. Siap lalu pekan Krabi.



Di pintu masuk ada gerai-gerai jual makanan dan minuman.
Makanan buat alas perut :)
Jalan punya jalan, jumpa lah Hot Stream ni. Tapi disebabkan baru lepas hujan, jadi air agak keruh dan tak panas sangat huhu..


Welcome!
Kolam pertama. Keruhnya air!
Kami tak mandi pun rendam kaki je nak rasa berapa panas air tu. Lepas tu dah bosan, kami pergi ke pintu masuk semula. Tunggu pelancong lain untuk destinasi seterusnya.


Emerald & Blue Pool


Next station; Emerald Pool & Blue Pool! Nak sampai ke dua-dua pool ni bukan main jauh kena jalan. Terutama nak ke Blue Pool. Mencabar sungguh sebab jalan agak licin lepas hujan. Adohai! Tapi bila dah sampai memang rasa berbaloi sangat. Bak kata orang putih yang dah menghala balik tu "It's worth it!" Ok. Memang cantik Subhanallah! Satu lagi keajaibanNya.



Yang Emerald Pool. Ala-ala hijau air dia. Tak keruh dek hujan. Nice!
Seronok sangat dia berkubang. Kak Nora? Tak payah tanya hahah..
Siap dah layan Emerald Pool, kami jalan ke Blue Pool pula. Jauh baq hang!


Inilah dia Blue Pool! Real picture ni takde edit-editnya hokey. Memang biru mata hitamku eheh! Tapi jangan-jangan-jangan gatal-gatal nak terjun dalam tu ye! Swimming is prohibited tau. 


Some information about Blue Pool

Tapi sayang apa kan daya.. ada lah 2-3 orang putih ni terjun dalam kolam ni. Habis keruh dah. Salah satu sebab kenapa dilarang mandi mungkin sebab tepi kolam tu ada lumpur licin tu. Agak bahaya juga. So korang jangan pi tempat orang buat pasai ok! 



Setelah puas bergambar (bukti kehadiran hahah!) kami pun berjalan balik ke tempat parking van tadi. Di sana ada sebuah restoran yang menyediakan makan tengahari untuk pengunjung Emerald Pool ni (dah termasuk dalam pakej). Jadi, apa lagi, perut pun dah mula bergendang. Jom lah kita makan!


Di sini, makanan dihidangkan mengikut kumpulan atau pasangan. Special kan? Yang gambar kat atas tu, itulah makanan tengahari kami. Nasi putih, chicken green curry, sayur campur, fish fillet masak masam manis (ye kot?) & buah tembikai. Alhamdulillah kenyang.. erkk!! :D


Oh yeah! perut dah happy, jadi kami pun dibawa ke destinasi seterusnya, Tiger Cave!!



Tiger Cave


Yeah, bila ingat balik, memang gila lah. Panjat 1260 anak tangga yang curam & tak sekata. Dengan tak warm up. Fuhh!! Menacabar betul. Rasa nak nangis bila dah separuh jalan tu. Tapi teruskan lah juga. 

Entrance. Yes, it's a Buddhist temple.
Jeng3!! Di sini bermula segalanya.. hahah! (ketawa jahat)
Ceh.. awal-awal boleh lah tunjuk peace hahah


Ni dia, percaya tak percaya?? 1260 anak tangga hokey! Muka mengah tak payah tunjuklah ye. haha.. aduh!
View from up here. Subhanallah..
Cuaca baik Alhamdulillah. Tak hujan & tak panas terik.
Kerana encik ni, Kak Nora relakan panjat Tiger Cave huk3!~
Tak ramai orang nak panjat ni. Yang naik van sekali dengan kami rasanya tak sampai separuh yang naik. Yang lain stay dalam van. Apa barang?? Nak tidur pi balik hotel lah ahhahha!
"This is a sacred place. Please wear proper attire when you want to climb up this hill"
Bila kita pergi tempat orang, terutamanya tempat suci bagi mana-mana agama, hormatilah syarat-syarat yang ditetapkan. Sama macam kita nak orang hormat agama kita. Wallahu a'lam.
Belanja la sikit gambar pose maut kateko!
Settle posing, rehat kejap, then tibalah masa untuk turun pula. Ceh, ingatkan tak mencabar. Sekali kakiku kejang pula! aduhai~~ Tu belakang muka tahan kaki kejung :p
Dah turun.. lega sangat. sempat posing kat ghimo sebelum kena hambat nak ke destinasi terakhir.

Elephant Trekking


Ok, ini destinasi terakhir kami. Masa ni dah pancit benor rasanya. Tapi kurelakan juga sebab dah bayar kan hehe.. untuk elephant trekking ni kami dibawa ke ladang kelapa sawit. Masa ni dah agak petang sangat. Jadi, memang kena cepat lah sebab nak habiskan juga semua aktiviti hari ni. Oyeah! We're ready!
Tempat menunggu sementara yang lain tengah round-round. Di sini kami dihidangkan dengan buah-buahan potong. Buah nanas kalau tak silap. Satu yang best kat Thailand ni rasanya buah-buahan dialah. Segar & manis sangat. :)
Seghonok dia tengok gajah live hihi!
Ni tempat naik gajah. I is nervous!
Muka happy first time naik gajah

Orang kata tak sah kalau pergi Thailand tak naik gajah. Betullah tu sebab kat Malaysia jarang ada aktiviti macam ni melainkan di zoo, iye dok? So, ini antara aktiviti must try lah!


Pengalaman ni memang boleh dikatakan menyeramkanlah sebab?? kami naik anak gajah yang perengus! Allah! rasa nak gugur jantung masa nak turun bukit yang lecah berlumpur tu. Dahlah jalan licin, gajah tu pula buat hal taknak jalan! Sambil merengus. Ok, first time dengar gajah merengus. Masa tu memang berzikir jelah supaya selamat. Sampai jalan rata pun dia masih buat perangai taknak jalan. Dalam hati ni takut je gajah ni pi lari masuk hutan ke kan. Tapi tengok abang yang bawa gajah ni relax sangat, so, rasa yakin jugalah dengan dia. Yang tak tahan dalam cuak tu sempat pula selfie hahaha! aduhai~


Sekian sahaja sesi jalan-jalan Krabi versi kami. Dah hampir setahun pun baru settle blogging. Aduh! Bila dikenang balik kenangan ni, tak sangka masa ni saya sedang mengandungkan arwah Dhia Zafirah. Kuat sangat dia. Tapi umurnya tak panjang. Moga diberi sekali lagi peluang untuk menjadi ibu bapa. Ameen. :)


In memory of baby Dhia Zafirah :)